PROGRAM DISKUSI PRAUNIVERSITI 2015 BERSAMA DR CHANDRA MUZAFFAR
Pada 21 Ogos 2015 yang lalu telah berlangsung Sebuah program diskusi bersama tokoh yang tidak asing lagi, Dr. Chandra Muzaffar dengan topik "Kewarganegaraa: Hak dan Tanggungjawab", anjuran Panitia Pengajian Am.
Program yang bertempat di dewan besar SMK Tunku Ampuan Durah ini melibatkan semua guru serta pelajar pra-u. Guru-guru daripada aliran perdana juga turut dijemput menyertai program diskusi ini.
Program dimulakan dengan kupasan topik "Kewarganegaraan: Hak dan Tanggungjawab" oleh Dr. Chandra sendiri yang menyentuh tentang hak seseorang warganegara yang perlu disertakan dengan tanggungjawab, untuk membentuk masyarakat Malaysia yang lebih bersatu padu dan harmoni.
Program kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab. Pelbagai soalan telah dikemukakan oleh para pelajar merangkumi isu-isu semasa dan kesemua soalan telah dijawab dengan begitu baik dan jelas oleh Dr. Chandra. Malahan, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar telah mendapat pujian daripada pihak Dr. Chandra.
Ternyata program diskusi ini telah dilaksanakan dengan jayanya, dengan penglibatan aktif para pelajar serta penjelasan mantap oleh Dr. Chandra.
Program ini juga mendedahkan pelajar kepada pelbagai isu yang mungkin tidak dapat dibincangkan secara terperinci di dalam kelas bersama guru-guru Pengajian Am atas faktor kekangan masa.
Syabas kepada semua guru serta pelajar pra-u yang telah menjayakan program ini. Terima kasih kepada Tuan Pengetua yang telah sudi mengikuti program ini dari awal sehingga akhir. Terima kasih juga kepada guru-guru aliran perdana yang turut serta.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga sudah tentunya kepada Dr. Chandra dan pasukannya yang sudi hadir ke SMK Tunku Ampuan Durah untuk berkongsi pelbagai informasi serta ilmu dalam program diskusi ini.
Semoga program seumpamanya dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.
Saturday, September 5, 2015
PROGRAM DISKUSI PRAUNIVERSITI 2015 BERSAMA DR CHANDRA MUZAFFAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment