PILIHAN RAYA MPP 2015/2016
Pilihan Raya MPP 2015/2016 telah dijalankan pada 11 September 2015 (Jumaat), bertempat di dewan terbuka SMK Tunku Ampuan Durah dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Seramai 31 orang calon telah bertanding dalam pilihan raya tersebut dan kesemua calon ini telah menjalani proses saringan iaitu sesi temuduga oleh Exco MPP sedia ada.
Calon-calon pilihan raya juga telah diberi tempoh selama lebih kurang seminggu untuk berkempen. Kempen pilihan raya dijalankan secara formal dan tidak formal. Melalui kempen secara formal, calon dikehendaki membuat pengucapan awam pada waktu perhimpunan pagi secara bergilir-gilir. Manakala kempen secara tidak formal boleh dilakukan oleh calon pada bila-bila masa sepanjang tempoh seminggu tersebut dengan syarat tidak mengganggu proses PdP.
Semua pelajar pra-u terlibat sebagai pemilih atau pengundi dalam pilihan raya ini. Guru-guru pra-u juga turut disenaraikan sebagai pemilih. Tidak ketinggalan, Tuan Pengetua dan pihak pengurusan sekolah juga turut dijemput sebagai pengundi pada hari tersebut. Para pemilih atau pengundi disyaratkan membawa kad pengenalan masing-masing untuk mengundi. Kegagalan membawa kad pengenalan telah menyebabkan beberapa orang pelajar tidak dapat mengundi pada hari itu.
Para pelajar telah turun mengundi mengikut kelas masing-masing manakala guru-guru boleh mengundi mengikut masa lapang mereka (tiada PdP). Undian dijalankan dengan disaksikan oleh para calon pilihan raya sendiri yang turun secara bergilir-gilir mengikut masa dan kumpulan masing-masing.
Ternyata proses pengundian telah berjalan dengan lancar dan terkawal hasil daaripada kerjasama semua pihak iaitu guru-guru, para pelajar, calon-calon yang bertanding, serta pihak MPP sendiri yang bertungkus lumus dari awal hingga ke akhir proses pengundian dijalankan.
Nantikan keputusan rasmi pilihan raya ini dalam berita selanjutnya.
Tuesday, September 15, 2015
PILIHAN RAYA MPP 2015/2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment