Saturday, May 30, 2015

PERTANDINGAN THE VOICE 2015

PERTANDINGAN THE VOICE 2015
  Selepas berhempas pulas di padang bersukaneka, pada keesokan harinya iaitu 26 Mei 2015, MPP berkampung di dewan besar SMK TAD pula untuk mengendalikan pertandingan The Voice.
  Pertandingan The Voice ini merupakan projek exco Biro Kesenian dan Kebudayaan MPP.  Namun begitu semua exco MPP telah terlibat mengendalikan pertandingan tersebut.
  Pertandingan The Voice terbuka kepada semua pelajar pra-u di SMK TAD. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu solo dan duet. Penyertaan bagi kategori solo dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 manakala kategori duet pula sebanyak RM5.00.
  Para peserta bebas untuk memilih sama ada menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris bagi kedua-dua kategori.
  Pertandingan yang berkonsepkan "vokal, bukan rupa, bukan gaya" ini hanya memperdengarkan suara nyanyian para peserta semata-mata. Para penonton tidak dapat melihat peserta yang menyanyi di sebalik tabir di atas pentas.
  Undian untuk memilih pemenang dibuat sepenuhnya oleh para penonton.  Setiap penonton diberikan kertas undi dan perlu memilih sembilan peserta terbaik dengan menulis nombor giliran peserta tersebut dalam kertas undi diberi.
  Penyertaan pada pertandingan kali ini adalah di luar jangkaan, iaitu sebanyak 30 penyertaan dengan 17 penyertaan kategori solo dan 13 penyertaan kategori duet.
  Pertandingan ini ternyata dapat menyerlahkan bakat para pelajar dalam bidang nyanyian serta dapat mengekspresikan sisi diri mereka yang mungkin tidak diketahui orang lain.
  Melalui pertandingan ini juga, seorang peserta, saudari Tham Yan Ting telah dipilih untuk membuat persembahan sempena Hari Guru peringkat SMK TAD pada keesokan harinya.
  Secara keseluruhan, pertandingan ini telah dapat dijalankan dengan lancar atas kerjasama yang diberi oleh semua peserta serta komitmen tidak berbelah bahagi semua exco MPP.
  Syabas kepada semua.

No comments:

Post a Comment