Thursday, April 2, 2015

PROGRAM JOM CAKAP 2 MINIT

Program JOM CAKAP 2 MINIT ini diadakan pada setiap hari Khamis sewaktu perhimpunan harian Pra-U di dewan terbuka. Objektif program ini antara lainnya adalah untuk membina keyakinan diri pelajar dan mengasah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar Pra-U.

Dua orang pelajar daripada dua kelas yang berbeza akan mempersembahkan bahan yang dipilih sendiri oleh mereka. Bahan yang dipilih mestilah mengandungi maklumat yang berguna serta sesuai dengan taraf pelajar sebagai pelajar Pra-U. Persembahan bahan boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment