Pertandingan membuat gajet merupakan salah satu projek kokurikulum di bawah aktiviti Pasukan Pengakap Pra-U. Pertandingan ini telah dijalankan pada 1 April 2015. Pertandingan ini merupakan pertandingan kedua selepas Pertandingan Memasak Mi Segera yang diadakan tempoh hari.
Platun 1 bertanggungjawab untuk mengendalikan pertandingan ini, manakala peserta pertandingan terdiri daripada ahli-ahli platun 2, 3, 4 dan 5. Para peserta dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.
Setiap kumpulan dikehendaki membina dua jenis gajet iaitu pertama, gajet berbentuk piramid yang perlu dibina menyerupai model yang disediakan. Gajet kedua pula berbentuk bebas mengikut kreativiti peserta sendiri.
Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan gajet tersebut ialah lidi buluh dan benang. Kriteria seperti ketahanan serta kekemasan adalah antara kriteria yang digunakan untuk menilai gajet-gajet yang dihasilkan.
Walaupun dengan kemahiran yang terbatas serta kekangan masa, ditambah pula dengan kesibukan para pelajar menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am, namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli Platun 1 sebagai penganjur dan ahli-ahli platun lain sebagai peserta, wajar diberikan pujian.
Aktiviti yang memupuk semangat kerjasama, toleransi dan daya kreativiti ini sesungguhnya memberikan satu penglaman bermakna buat semua pelajar yang terlibat.
No comments:
Post a Comment