Tuesday, April 14, 2015

PROGRAM PERJUMPAAN PROFESIONALISME IBU BAPA DENGAN GURU-GURU PRAUNIVERSITI

Perjumpaan Profesionalisme Ibu Bapa dengan Guru-guru Prauniversiti merupakan salah satu program terancang bertujuan supaya ibu bapa dapat mengetahui tahap kemajuan akademik anak-anak dan mencari jalan agar dapat memperbaiki pencapaian akademik supaya anak-anak mereka dapat meningkatkan pencapaian dalam Peperiksaan STPM 2015.

Program ini dilaksanakan bagi mebentuk pelajar yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran sama ada dari segi kuantiti mahupun kualiti dan usaha ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu ke arah mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik yang dirancang oleh sekolah.

Program yang julung kali diadakan ini ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para ibu bapa. Walaupun sibuk dengan pekerjaan dan urusan masing-masing, namun mereka tetap dapat meluangkan masa untuk hadir dan membincangkan permasalahan anak-anak mereka bersama guru-guru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ibu bapa para pelajar Pra-U amat mengambil berat akan perkembangan akademik anak-anak mereka. Setiap ibu bapa yang hadir dapat membincangkan tentang kepurusan peperiksaan yang lalu dan cara yang perlu diabil oleh anak mereka supaya dapat meningkatkan keputusan mereka dalam peperiksaan yang akan datang.

Program ini juga turut dihadiri oleh Tn Hj Md Fiah bin Md Jamin, Pengetua Cemerlang SMK Tunku Ampuan Durah. Dalam ucapannya, beliau mengatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang sudi hadir dan mengharapkan semoga dengan adanya program ini, pelajar-pelajar Pra-U dapat meningkatkan prestasi mereka.

Diharapkan program ini akan membuahkan hasil yang positif, terutamanya kecemerlangan keputusan Peperiksaan STPM 2015 nanti.

2 comments:

  1. Bahasa yang ringkas dan sangat menarik sebab banyak gambar!! Taniah

    ReplyDelete
  2. Bahasa yang ringkas dan sangat menarik sebab banyak gambar!! Taniah

    ReplyDelete