Pada 16 & 17 Mac 2015 yang lalu telah diadakan Program Perkampungan Ilmu Prauniversiti Gegar STPM tahun 2015 bagi pelajar-pelajar Pra-U2.
Program ini diadakan bagi memantapkan lagi persediaan pelajar-pelajar Pra-U2 untuk menghadapi Peperiksaan STPM Penggal 2 pada tahun ini. Semua mata pelajaran aliran sains dan kemanusiaan terlibat dengan program ini.
Sesi taklimat, perbincangan, serta bengkel, diadakan bagi setiap mata pelajaran oleh guru-guru mata pelajaran berkenaan. Slot motivasi juga diadakan untuk para pelajar dengan menjemput Encik Mohd Salleh, Guru Kaunselor SMK Mantin.
Selain itu, para pelajar juga telah membuat ikrar dan akujanji kepada guru-guru serta pihak sekolah untuk mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam STPM tahun 2015.
Program selama dua hari ini telah berjalan dengan lancar hasil daripada komitmen tidak berbelah bagi pihak pengurusan Pra-U, guru-guru Pra-U, serta kerjasama jitu daripada semua pelajar Pra-U sendiri.
Semoga program seperti ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang demi manfaat pelajar-pelajar Pra-U sekolah ini.
No comments:
Post a Comment