Pada 25 Mac 2015 telah diadakan satu gotong royong khas bermatlamat untuk menghapuskan nyamuk aedes di SMK Tunku Ampuan Durah.
Gotong-royong ini diadakan kerana hasil dari pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kesihatan mendapati beberapa kawasan di sekolah ini menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Oleh yang demikian, pihak sekolah dengan bantuan guru-guru serta para pelajar telah mengambil langkah sewajarnya dengan memeriksa dan membersihkan persekitaran sekolah untuk menghapuskan kawasan pembiakan aedes.
Pelajar-pelajar Pra-U juga turut serta dalam program gotong royong tersebut dengan memeriksa dan membersihkan persekitaran di blok Pra-U. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pelajar lelaki membuat gotong royong di kawasan sekitar blok Pra-U manakala kumpulan pelajar perempuan membuat gotong royong di dalam kelas masing-masing.
Diharapkan langkah ini mampu menimbulkan kesedaran kepada para pelajar tentang bahayanya aedes dan pentingnya untuk mengambil langkah pencegahan serta dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
No comments:
Post a Comment