Wednesday, March 25, 2015

AKTIVITI SENAM SIHAT PRA-U 2015


Aktiviti Senam Sihat Pra-U ini dilaksanakan pada setiap hari Rabu, bersesuaian dengan pemakaian uniform oleh para pelajar pada hari tersebut.

Exco-exco MPP diketuai oleh Exco Biro Sukan dan Rekreasi berperanan sebagai instruktor aktiviti ini. Akiviti yang memakan masa selama lebih kurang lima minit setiap sesi ini diadaptasi daripada budaya kerja masyarakat Jepun yang mengamalkan senaman ringkas  pada setiap pagi sebelum memulakan pekerjaan masing-masing.  

Amalan senaman ini bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran, tambahan pula di penghujung senaman ini kata-kata semangat tertentu akan dilaungkan bersama-sama.

Setakat ini para pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik, malah kelihatan gembira dan menikmati sesi senaman yang dijalankan. Tidak ketinggalan guru-guru juga turut mengambil bahagian dengan  melakukan gerakan-gerakan senaman yang diiringi lagu-lagu bersesuaian.

No comments:

Post a Comment