Pada hari Rabu lepas, satu Pertandingan Masakan Maggi telah berlangsung di Dewan Terbuka SMK Tunku Ampuan Durah. Semua pelajar Pra-U dan guru-guru telah menyertainya. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
Tujuan pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Pra-U menunjukkan kemahiran masakan mereka dan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan guru mereka.
Pada pukul 2.30 petang, semua pelajar telah mendaftarkan diri di Dewan Terbuka. Setiap kumpulan telah diberi 1 bungkus mee, 2 biji telur, secawan minyak dan kicap, garam dan 2 biji nanas. Pertandingan ini agak mencabarkan kerana semua kumpulan diberikan bahan yang terhad dan tempoh masa bagi memasak ialah 1 jam. Pada pukul 2.45 petang, semua pelajar memulakan pertandingan mereka. Oleh kerana semua peserta menggunakan peralatan eletrik maka semua plug di Dewan Terbuka tersebut telah mengalami masalah pembekalan elektrik. Terdapat beberapa plug elektrik yang tidak berfungsi.
Pelajar terpaksa menggunakan plug elektrik di dalam makmal kimia dan kelas-kelas Pra-U. Semua pelajar bekerjasama dengan ahli kumpulan mereka untuk menyediakan masakan yang sedap. Pada pukul 3.45 petang, pihak penganjur, iaitu Platun 5 membuat keputusan untuk memanjangkan masa memasak hingga pukul 4.10 petang kerana kejadian tadi. Tepat jam 4.10 petang, masa memasak telah tamat dan para pelajar perlu menghidang masakan kumpulan mereka. Pelajar menghidangkan masakan mereka dengan pelbagai penghiasan yang kreatif seperti meletakkan mee dalan nanas dan sebagainya.
Pihak pengadil mencuba setiap masakan yang dihidangkan oleh setiap kumpulan. Setelah selesai semua aktiviti, para pelajar dan guru-guru telah bekerjasama untuk membersihkan Dewan Terbuka. Pada hari tersebut, semua pelajar dan guru pulang agak lewat iaitu pada pukul 4.45 petang.
No comments:
Post a Comment